Luahan Hari Ini
Assalammualaikum olls.. Tengah mood nak blogwalking.. Tinggalkan link korang dekat bawah

5/31/13

Cara Earning baru selain Nuffnang dan Churpchurp

hye olls..ni aku nak kasi tahu ni..selama ni ramai bloggers yang dok tepek iklan nuffnang dan churpchurp,kn?meh sini aku nk kasi tahu satu tepek iklan baru..tak payah nk klik link-link iklan bagai..korang daftar and ada org daftar bawah korang je, dah boleh dapat duit..SUMPAH tak tipu..jom lah join..klik bawah ni
nanti korang daftar lah pastu ajak yang lain..boleh dpt duit jugak :) 
p/s :aku tahu ni pown tanx pada blogger mailey jailey

5/21/13

Mintak tolong kawan-kawan ^_^

hye uolls..segannye yan nak mintak tolong..tapi yan ada join segmen headerku ohsem by sharina (boleh klik untuk join)
yan pertaruhkan header yan yang melekat dekat blog yan sekarang ni..mintak bantuan kawan-kawan blogger like header yan..yang mana ada join tu, nak yan like boleh kita exchange yea sayang..
jom bantu membantu..bagi je link korang untuk yan like jugak yea..^_^  maseh

Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Afiq Muiz dedah sms yang diterima dari ibunya


hye uolls..ha,nak gosip kejap je okay.! nak cite pasal Afiq Muiz ni..ala,yang retis tu..ala,retis baru-baru nak up nama dia tu lah..tak kenai gak?tengok gambo comey bin lotei ni..gerenti kenai,..



haaa..kenai dah?okay, baru-baru ni jadi kontrobesi lah pulak cerita adik kita sorang ni..aku malaslah nak ulas banyak-banyak..tp apa yang mampu aku cakapkan kepada adik Afiq Muiz kita ni ialah, "awak tu retis takdalah meletops sangat dik non oii.. bukan jejak-jejak kaki kat bumi ni ko terus jadi retis..no,no,no,no okay..ingat satu benda, dalam ISLAM sendiri pown ada cakap, 
"Baik buruk seorang wanita yang bergelar ibu itu, apapown yang jadi,dia tetap ibu kita"
ingat dik non.. dalam ISLAM sendiri pown ada sebut :

"UMMI,UMMI,UMMI,ABI"
so,walau macam mana sekali teruk pown ibu awak tu maki awak, awak TAK ADA HAK, dengar lagi sekali, TAK ADA HAK langsung nak mengaibkan ibu awak..ingat, awak tu anak lelaki..dah ada bini nanti pown SYURGA awak tetap dibawah telapak kaki ibu..kalaupun ibu awak ada buat something yang awak tak suka, tak kesah atas alasan apa pown, awak kene ingat,ibu awaklah yang kandungkan awak 9 bulan 10 hari..ibu awaklah yang tahan berjam-jam dalam bilik bersalin semata-mata nak bagi awak tengok dunia ni..

wahh,,panjang pulak mukodimah kali ni..maaflah,bab-bab ibu dan ayah dan family ni sangat-sangat-sangat lah sensitif pd aku..aku tak baik mana pun,biasalah manusia tapi walau mcm mana pown,aku SAYANG sangat kat ibu aku.. aku tak pernahlah terfikir nak aibkan ibu aku dengan biarkan seluruh MALAYSIA tengok aib ibu aku sendiri..so, buatlah solat taubat yea adik Afiq Muiz doalah MOGA-MOGA ALLAH ampunkan dosa kau dekat ibu kau tu..kita mati ni tak tahu bila..jangan nanti tak sempat nak mintak ampun pulak..
p/s: aku taknak sebelahkan sesiapa tapi IBU tetap IBU, dunia akhirat..
p/s/s: sorri kalau entry aku ni terkasar sangat..kadang manusia yang diatas kene disedarkan oleh manusia yang dibawah jugak  ^_^
p/s/s/s: tolong jangan BASH aku okay.. sekian,tq



10 penyebab kanser..!


hye olls..jom tengok apa makanan yang boleh sebabkan kanser..

1. GMO (Genetically Modified Organisms)
Makanan ubahsuai genetik ini memang sudah diperkatakan berulangkali akan potensi nya untuk mengakibatkan penyakit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Sebagai alternatif, jika anda pengguna tegar bahan-bahan tadi, boleh lah beralih kepada tanaman asli, organik dan yang diperakui akan hasilnya.

2. Daging Proses
Kebanyakan daging proses sama ada daging dalam tin, sosej atau hot dog, mengandungi bahan pengawet untuk membantu mengekalkan rupa segar daging tersebut. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan kanser! Sebagai alternatif, pastikan daging pilihan anda jenis yang tidak dirawat menggunakan nitrat ataupun datang segar dari ladang.

3. Microwave Popcorn
US Environmental Protection Agency (EPA) telah mengenalpasti bahawa asid perfluorooctanoik (PFOA) yang terkandung dalam beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu bahan kimia yang terkandung dalam popcorn itu sendiri juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan juga kanser.

4. Pop Soda
Seperti daging yang diproses, pop soda juga dikatakan boleh menyebabkan kanser. Padat dengan gula, bahan kimia dan pewarna, pop soda boleh mengasidkan dan secara tak langsung membuka laluan untuk sel kanser. 

5. Makanan/Minuman "Diet"
Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

6. Tepung Putih Halus
Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita. 

7. Gula Halus
Gula halus juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.

8. Buah-Buahan Bukan Organik
Pengambilan buah-buahan yang tidak organik juga mendedahkan seseorang kepada risiko kanser. Ini kerana buah-buahan tersebut telah dicemari oleh baja dan racun serangga yang berlebihan, sehingga memindahkan kandungan toksin yang banyak ke dalam tubuh si pemakan. 

9. Salmon Yang Diternak
Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

10. Minyak Hydrogenated
Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

haaa...dah baca,kan?apa lagi..makan tu intai-intai sikit..jangan main tibai je,okay.. ^_^

5/20/13

Apa itu LOGIN WANG?

and HYE uolls..okay, ni ada sorg jejaka tye aku kat FB private aku pasal LOGIN WANG..oh,uolls pown tak tahu eh?okay,tengok bawah ni
klik banner kalau nak join

1. Program ni layak diJOIN oleh semua lapisan masyarakat (under 18 mintak permission dulu,okay.!)
2. Cara nak promote dy, senang sangat2.. Uolls cuma promote link yang dibagi tu dekat mana-mana yang uolls nak yea.. 
3. Salah satu kelebihannya is :- Ahli boleh menjana pendapatan tanpa had dari komisyen menaja ahli dan komisyen dari login harian
 4. Setiap kali login dah boleh dapat earnings.

p/s: okay, nanti aku buat tutorial macam mana nak gunapakai ini benda yea..TUNGGU...!!

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay

As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


Tips MALAM PERTAMA? ikot ISLAM okay


huhu..td godek FB jumpa artikel ni..sje nak share..seyes menarik..haha..jom baca

Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :


Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)


Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt : 
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.


Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”


Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”


Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. 


Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”


Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.


Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.


Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya


Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..


Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

5/19/13

Jom Blogwalking bersama Cik Bintang



kasi laju broadband yang dah LIMIT tu.!


okay,ni nak habaq mai dekat ampa suma yang dok online 24jam7 pakai broadband ala-ala Celcom gitu..mesti uolls frust kan bila dah lebih limit?lagi-lagi bagi kita yang blogger ni,byk nk kene update pulak tu..so, meh sini blaja cara nak hack limit celcom broadband ni..


1. Cara manual.

kalau korang surf youtube ke, download lagu ke, software ke, tapi tiba-tiba slow, korangdisconnect dulu, then reconnect, Pastu resume. 
Tapi benda ni kena buat berulang-ulang la baru dapat speed yang asal.

2. Ping of death.

Ping of death ni bermaksud, kita attack ip celcom 3g yang kita dapat dan hantar message kepadasystem ip tersebut untuk memanipulasi talian tersebut.

Vista/xp anda kena RUN cmd”, kalau Windows 7, tekan start, type “cmd” kat search bar tu
kalau dah buka cmd tu, just type ipconfig/all”!

Pastu, korang akan dapat tengok network adapter beserta maklumat lain.
Kamu ipv4 address Celcom 3g kamu. Scroll je ke sampai jumpa.
Contohnya 10.174.176.230.
Buka notepadtype "ping 10.174.176.230"!
Tekan enterpastu type connections”!
Save as namafiletu.bat
file type = all type
Save.
Click file tu!
Biarkan benda tu selama mana yang kamu mahu!

sumber | jom santai


Segmen : 2 Jam By Iffah Nadiah



5/18/13

1st Giveaway Lomo by Farah



ola olls..okay, yan join GA lagi n kali ni salah satu hadiahnya is Camera LOMO!..ohmay,sumpah suka sebab tu is my feveret..lagi-lagi yan ni memang penggemar kamera n tengah kumpul camera lomo sekarang ni..
Tarikh tutup : 1 Jun 2013

Hukum Mancungkan Hidung??


Hye uolls..ha,,skrg ni dah byk sgt kan produk utk cantik kt luar sana..dr hilangkan jerawat sampailah ke putihkan muka..sekarang ni pulak, adalah produk bru which is MANCUNGKAN HIDUNG..ohmaygegirl! biar benor ni?hidung aku nni dah lah penyek..boleh mancung pulak ala-ala K-POP gitu..haha..nak tengok cmne alat tu?tengok ni----v

okay,straight to the point.. memang produk ni sgtlah menarik perhatian aku utk beli tp after godek punye godek td akhirnya terjawablah gak persoalan aku ni.. nak cantik tu memang semua nak cantik tapi dr segi agama ISLAM apa pulak hukumnya?jom tengok apa brother ni tye UAI


so,dah tahu kan pe hukum dia? HARAM okay kekawan..diulangi, H-A-R-A-M..so, bersyukurlah dengan hidung yang ada tu ^_^


Oh My Giveaway



yan join GA lagi (:

May Giveaway by Amer Corner



Segmen Lucky Draw by dyanzakhi,nabilabiela

KLIK BANNER

dan HYE uolls..okay,yan join GA lagi..kali ni by blogger nabilabiela dan dyanzakhi..ada 40 hadiah utk korang menang..nak tahu hadiah ape?

Senarai hadiah
Wang tunai RM50 x sorang
Keychain felt (eg.reben,owl,name) x 5 orang
Brooch felt (eg.bunge) x 6 orang
Topap (RM3) x 8 orang
Topap (RM5) x 11 orang
Topap (RM10) x 3 orang
baucer diskaun 10% pembelian di page x 3 orang
baby headband x sorang
shawl halfmoon x sorang
ubat resdung x sorang

ohsemm sgt,kn?so, cepat2 join..
Tarikh tutup : 28 Mei 2013 21 Mei 2013



5/17/13

'Special Giveaway by Syazlia & Diana'



Jalan-jalan cari bini,
Jom semua join GA ohseemm ni

kaki sini tangan sane,
nak join klik banner


Makan tosai pakai beg galas,
Start 17 Mei 13-31 Mei 13

Cuci gigi dengan payah,
Memang ada banyak hadiah

Jumpa uban dekat Cikgu Salleh,
Hadiah sume boleh pilih

tarik gusi pakai balast,
saya nak long necklace

pakai kaki memang bebal,
saya nak bawal tribal

makan tosai cicah kerepek,
saya tahu memang saya merepek.

jalan kaki pergi labis,
pantun saya sudah habis..

p/s: Hope boleh menang lah jugak kan.. *insyallah kalau ada rezeki*
p/s/s: sori kalau entry tak menarik lgsg..*puii* hee ^_^



Segmen Topup 24 Jam by Miss Ezzatie


dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim..sy mengejoinkan diri ke segmen cumel ni :)





CONTEST HEADERKU OWSEM BY SHARINA

-Klik banner kalau nak join-

Assalamualaikum
Jom ramai-ramai kita join Contest Headerku Owsem by Sharina, hanya perlu pertaruhkan header korang yang comel-comel itu dan sedikit syarat, confirm korang boleh follow punya lah 
Jom tengok hadiah dulu [Sini]
Contest ini dianjurkan oleh Sharina Elyana
bersama sponsor Yasira, Aisyah Humaira, Nabila Medan, Syiela, Pelangi Collection
Choc Empire, Cik Ana, Fatin Diana

♥ Good Luck 

oh,,lpe pulak..ni header yan (:


5/16/13

Mini Segmen By DIS



"Segmen: 9 Jam"



Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM aku mengejoinkan diri ke segmen Blogger Paly ni  :)

Pesan Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!!


| Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dilema Anak Luar Nikah :')


Memang parah dilema anak luar nikah. Bebanan yang terpaksa ditanggung diri dan keturunannya kelak bukan calang-calang. Tatkala bayi-bayi comel yang lahir ke dunia disambut gembira, dia pula disambut dengan simpati & cemik dalam suasana hiba.
Mana tangis syukur ibu sambil memeluk erat dirinya? Mana gema seruan azan dilagukan ayah di cuping telinganya? Mana tawa ria saudara-mara dengan kata-kata pujian dan tahniah buatnya memenuhi sebuah dimensi alam yang baru dimasukinya? Kosong.
Ia bagaikan epilog sedih yang harus dilalui oleh bayi tersebut. Namun, dia masih belum mampu merasai itu semua. Hanya difahami oleh hati-hati yang masih punya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan. Hati ibu dan ayahnya, hanya Allah yang tahu sama ada menyesal atau langsung tak kisah!
Apabila bayi yang tidak berdosa itu makin membesar, kesedihan tetap memburu hidup. Bebanan masih tergalas dibahu. Dicaci dan dicela. Manakala satu-persatu kenyataan menyesakkan sanubari perlu dihadapi. Hingga di matanya, masa depan itu samar-samar, seolah-olah hanya mengharapkan takdir memberi sinar harapan.
Istilah Anak Tidak Sah Taraf
Menurut laporan yang dipaparkan dalam Berita Harian tahun lepas, terdapat hampir 17, 303 anak tidak sah taraf yang didaftarkan sepanjang 2009. Fenomena peningkatan kes kelahiran anak luar nikah bagai penyakit berjangkit. Semakin terjebak, semakin merebak.
Merujuk kepada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004, anak yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan.
Pertama, anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol. Kedua, anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.
Ketiga, anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar ( pengakuan ) mereka yang berkenaan ( suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi ), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Kita Tetap Hamba-Nya Jua
Pelbagai dugaan yang perlu ditanggung oleh anak tersebut apabila ingin melangkah ke setiap fasa seterusnya dalam kehidupan. Bahkan, mungkin bertimpa-timpa kesukaran bakal dihadapi ketika dia bakal mendirikan rumah tangga. Penerimaan manusia, sukar dijangka.
Walau bagaimanapun, sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam satu komuniti, jangan terlalu menanam rasa benci pada anak-anak yang sedang diberi ujian di pentas dunia ini. Tidak adil melontar batu-batu penghinaan kepada mereka sedangkan mereka itu ibarat mangsa kepada nafsu serakah yang membuta.
Anak-anak ini juga harus terus kuat menyelusuri terowong-terowong kehidupan yang gelap dan dikelilingi duri-duri tajam. Kita manusia semua adalah sama. Tidak kira bagaimana kita dilahirkan, siapa ibu bapa kita dan bagaimana perjalanan hidup kita. Destinasi syurga itulah yang perlu dijadikan inspirasi perjuangan.
Berpeganglah pada firman Allah, "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa." (al-Hujurat: 13). Biar di mata manusia engkau bagaikan sampah kerana membawa dosa ibu dan ayah, asalkan di pandangan Allah, engkau umpama permata yang semakin bersinar tiap kali dikeji dan diuji!
Sunat Rahsiakan Status Anak Luar Nikah
Dalam Islam, tiada istilah anak lahir di luar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang mengatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang menyebutnya demikian.
Sebenarnya, kedudukan anak ini sama saja dengan anak yang lain. Kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaannya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya.
Perlu diingat, anak ini tidak berdosa kerana yang berdosa adalah ibunya. Seharusnya, anak ini tidak turut berdosa hanya disebabkan dosa ibunya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 164:
"Dan tidaklah menanggung dosa oleh seseorang akan dosa orang lain."
Ibunya pula, jika ia sudah taubat dengan taubat nasuha, maka sucilah si ibu terbabit daripada dosanya dengan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mencacinya, baik terhadap anak itu atau ibunya akibat kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu."
Oleh itu, apabila kita mengetahui keadaan dan kedudukan asal usul seseorang yang kurang baik, sunat bagi kita sembunyikan perkara itu dan jangan dihebahkan baik yang berkepentingan atau pun kepada yang lainnya. Kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari. Wallahua'lam.

5/10/13

Jakun First Time Menang GA


hye uolls..haha..alhamdulillah, rezeki pg ni kan..tak tersangka pulak aku yang aku menang GA dr zizie..Segmen ape? ha,segmen 2 hours only, okay! hee..selama ni aku dok join GA tak pernah nak menang pown tp kali ni aku join n alhamdulillah rezeki, aku menang! yeay!! *nampak kejakunan disitu,yan* eehheemm..nnty korang singgahlah blog zizie ni..comel n GA dy pown berfaedah, okay..